Sunday, November 18, 2012

~*Persahabatan*~

Bismillahir Rahmaanir Rahiim


 Di jalan ALLAH ini...
 Persahabatan ini bukanlah milikku dan bukan jua milikmu..
 Persahabatan ini adalah perancangan ALLAH yang Maha Mengetahui segala rahsia..


 Kerana DIA aku mengenalimu..
 Kerana DIA jualah yang menetapkan kita mengukir 1001 kenangan..

 Andai hari esok masih ada untuk kita..
 Isilah dengan ISLAM yang Mulia..
 Andai hari esok kita gembira..
 Panjatkanlah sujud syukur pada yang Maha Esa..


 Dan andai esok kita berduka..
 Lapangkanlah dada dan pandanglah ke hadapan..
 Namun..
 Andai esok kita berpisah..
 Mohonlah agar perpisahan itu sentiasa dalam rahmat kasih sayangNYA...