Friday, November 15, 2013

Aku & Kopi

Menolak langsir yang melabuh dijendela..
Terkebil melihat dunia yang sudah disinari..
Pelbagai perancangan di minda ini..
Bagai wayar yang membelit diri..

Tiba-tiba berdering telefon yang digenggami..
Pagi-pagi perlu menjawab soalan berulang kali..
Panggilan yang ini wajib dihadiri..
Namun masih berfikir dua tiga kali..

Teringat pula segala pakaian di dobi..
Bergegas aku mahu ambil dari pencuci..
Terkaku pabila diberitahu kedai tiada bukanya lagi..
Ini kan hari minggu hari bercuti!

Akhirnya..
Aku mencapai papan kekunci ..
Encik laptop menjadi peneman diri..
Pabila pagi ini bagai taufan melanda lagi..
Menyusun semula kerja yang sedang menanti..
Agar semuanya cantik tersiap rapi :)


Layan kopi meh!

-Asyeirah Mzaki
 Anjung Bestari