Tuesday, April 10, 2012

alamak! cik Ti datang!!

salamullahualaikum !


aku ada satu cerita,dimana sejarah berulang malam tadi~

al-kisah cik Ti menceroboh rumah aku..kenal cik Ti?tipulah kalau xkenal..lagi2 perempuan..kalau cik Ti lalu depan mata mesti tergamam punya..bukan sebab cik Ti ada potongan badan yg ideal ala2 Che' Ta..bulu mata lebat ke...tapi...meh baca entri kali ni...

sedang aku berborak sakan dgn kwn baik menerusi telefon,tiba2 aku dengar sapaan cik Ti..ehh takkan la mlm2 mcm ni cik Ti tetiba boleh masuk rumah aku?dari mana pulak Cik Ti ni taw jalan rahsia menceroboh rumah orang ni?sejak bila?tanpa melayan sapaan cik Ti,aku terus berbual lagi.Tiba-tiba.."kakak! cik Ti!!!!!" jerit adik perempuan aku yg tadi leka menonton televisyen..

perbualan di corong telefon terhenti seketika sebab terkejut dgn kehadiran cik Ti yg x disangka2..aku melompat ke atas sofa.itulah reaksi pertama aku pabila cik Ti didepan mata.Adik perempuanku juga begitu..berdiri diatas sofa yg bertentangan dengan tempatku.Tergamam.

sudah sekian lama cik Ti tidak melawat kami.Hari ini Cik Ti muncul secara tiba2 entah dari mana.kalau boleh,Aku x mahu bersemuka dengan cik Ti lagi! aku takut. aku bertindak melompat dari sofa tempatku berdiri ke sofa yg berdekatan dengan tangga agar mudah aku melarikan diri ke tingkat atas..tiba2 cik Ti menyapa lagi.Aku separa menjerit tatkala disapa cik Ti..lantas aku terpaksa menekup mulutku dgn tgn agar jeritanku tidak di dengar oleh orang tuaku yg mungkin sudah lena diulit mimpi..


Aku dan adik tercari2 cik Ti yg tiba2 hilang dihadapan kami..dasar tidak tahu malu ! sudah menceroboh rumah org malam2 begini,boleh pula dia menghilang..aku mahu Cik Ti keluar dari sini dan pergi jauh.Adik aku juga bersetuju dgn pendirianku..kami sabar menunggu kerenah Cik Ti yg berlagak bagai tuan rumah.berjalan kesana kemari ..sambil kami terus berdiri diatas sofa menunggu Cik Ti pergi sendiri..tanpa dipaksa dan jangan pernah kembali!

Akhirnya...cik Ti menyerah.Cik Ti pergi tanpa mengucap selamat tinggal pada kami..badannya yg kecil molek memudahkan Cik Ti meleperkan badannya dan menyelinap keluar dari bawah pintu.

Fuuuhh!!!!



*senang citer...tikus masuk rumah aku malam tadi~ tapi...jiran aku pun ckp tikus masuk rumah die..hai...Cik Ti..cik Ti..takde keje betul ziarah rumah org malam2~



-cik Ti menerjah bagai team melodi~zasss!!