Saturday, February 16, 2013

Kembali...

Assalamualaikum...


 Ya Allah...lamanya x terusik blog ini.Ternyata begitu tiada peluang yang menyingkap untuk diri ini bercerita... Hmm..terlalu banyak perkara yang dilalui,susah..senang..hanya Allah yg tahu..mungkin entri2 dibawah di update ketika berada di bilik batu,ditepi jendela kaca..namun sekarang keadaan jauh berbeza..bukan mahu mengeluh,tapi inilah yang telah tertulis.Kita takkan berada di suatu tempat selamanya..kita takkan berurusan dgn org yg sama selamanya..Apa yg boleh aku katakan,we must always be ready for something new..sesuatu perubahan itu boleh berlaku bila2 masa sahaja..Jadi,bersedialah.


Selepas aku pindah dari suatu kehidupan lalu..banyak perkara yg aku belajar.Berjumpa dan menghadapi org yang berbeza-beza pada setiap hari memerlukan sedikit sebanyak kekuatan..Bukan semua orang boleh terima kita,cara kita..We have to respect others if u want people to respect u.Mungkin kadangkala kita lihat orgnya diam,tetapi senjatanya tajam..Adakala melihat yang bersahaja itu lebih baik perilakunya..Pandai2 lah berfikir.Terima kasih Ya Allah kerna memberi aku tempoh ini untuk aku menghadapinya..


 Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA
KEKAL.memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.".penilai...yang..baik.."..InsyaAllah.


 Alhamdulillah..sehingga saat ini Allah masih pinjamkan nyawa..untuk aku teruskan hidup..sebagai hamba,khalifah,da'ie..sekali lagi aku dilamar untuk satu lagi tanggungjawab..seringkali mengingatkan diri,bukan jawatan yg dikejar..tetapi tanggungjawab yg dipikul..InsyaAllah,buat masa ini,hanya kekuatan yg dicari..Ya Allah,permudahkan segala urusan kami,di dunia dan akhirat..Semoga perjuangan kami Engkau redhai..Amin:)